Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia
meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata
cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang
tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Cinta…Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang
lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki
tidak banyak bererti.
Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita
diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi
dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah.
Seindah waktu ia diciptakan.
Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu
menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu
pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda
walau dimana sahaja kamu berada.
No comments:
Post a Comment