Thursday, 8 November 2012

INI AKU

Tuhan...
dia kembali..
aku yg gagah berdiri hampir layu terkulai..
sungguh tidak dapt ku kawal perasaan ini
sebaknya menjalar tangkai hati..
memenuhi ruang sanubari.
hibanya aku saat ini..
aku memerlukan seseorang..
untuk berada di samping ku..
aku lemah Ya Allah..
bantu aku..
tabahkan hati ku..
berikan aku peluang untuk merasa bahagia
jauhi aku dari kawah derita Mu..
tuntuni aku mencapai keredhaan Mu..

aku mula membuangnya
ke lembah tandus..
kosong..
tapi itu hanya smentara
perasaan ini kembali berputik
berbunga dan mekar
aku ingin kan hidup bahagia
tanpa sekelumit rasa sedih
tapi aku tahu
ini takdirku
mungkin akan muncul pelangi kebahagiaan untukku..
akan ku menanti pelangi itu
dengan senyuman sang suria
akan ku terangi alam ini..
dengan sinaran mataku..

Friday, 2 November 2012

Jatuh Cinta Dengan Teman Baik


Alangkah beruntungnya jika mempunyai seorang sahabat baik yang sering berada di sisi anda. Anda berdua sering bertukar cerita, saling membantu, berkongsi masalah dan suka-duka kehidupan. Saling menyokong satu sama lain, sepertimana seorang sahabat sentiasa memberi sokongan kepada sahabat.
Tanpa anda sedari, anda sudah jatuh cinta dengan teman baik anda. Tidak salah untuk anda jatuh cinta kepada sahabat anda, sekiranya anda masing-masing masih solo. Bagaimanakah seterusnya?
Dilema: Persahabatan vs Percintaan
Kebanyakan individu yang jatuh cinta kepada sahabat baik mereka amat sukar untuk meluahkan perasaan. Ini kerana mereka berpendapat tali persahabatan yang sudah terbina sekian lama amat berharga dan mereka khuatir seandainya hasrat cinta mereka diluahkan, persahabatan itu akan terganggu. Malah jika tidak kena caranya, persabahatan terputus. Setiap perkara ada risiko, sama ada kecil atau besar. Sebelum pergi lebih jauh, selami hati anda terlebih dahulu dan putuskan apa yang anda mahu dalam hidup.
Strategi
Jangan sesekali bertindak terburu-buru. Jika dia hanya kenalan biasa, mungkin lebih mudah mengungkapkan cinta. Tetapi, bagi seorang sahabat baik, lebih sukar untuk mencurahkan isi hati anda. Si dia mungkin akan terkejut, bertindak defensif lalu menjauhkan diri. Jika anda sukakan dia, mulakan dengan memberi sedikit demi sedikit petanda agar dia boleh mencerna perubahan rasa hati anda dengan lebih terbuka dan rasional. Dalam pada itu, risik reaksinya. Lihat tindak balasnya, dari situ anda boleh menilai sama ada anda mempunyai peluang ataupun tidak. Pada masa yang sama, sentiasa ada untuknya pada saat dia memerlukan anda. Ingat, anda sahabat baiknya. Jangan dek kerana terlalu mengejar cinta, status dan tanggungjawab sebagai seorang sahabat diabaikan. Berdoalah kepada Tuhan agar dibukakan pintu hati si dia untuk anda.
Luahkan perasaan
Memandangkan anda merupakan sahabat baiknya, sedikit sebanyak anda tentu mengenali dan memahami dirinya. Jangan luahkan perasaan dengan cara yang dia tidak suka. Cari masa yang sesuai. Lakukan dengan penuh ikhlas dan berhikmah. Dia mungkin akan menerima atau menolak. Apapun keputusannya, terima dengan hati terbuka kerana anda sudah berterus-terang dan mendapat jawapan kepada setiap persoalan. Kalah setelah mencuba sedaya upaya lebih mulia daripada kalah sebelum pertarungan. Tidaklah anda menyesal di kemudian hari kerana tidak menyuarakan isi hati.

Cinta Bertepuk Sebelah Tangan


Bertepuk sebelah tangan juga difahami sebagai cinta sebelah pihak atau cinta yang tidak berbalas. Adalah lumrah dalam kehidupan, tidak semua perkara yang kita mahu akan menjadi milik kita. Begitu juga halnya dengan cinta. Tidak semestinya orang yang kita cinta akan mencintai kita kembali. Mengalami cinta yang bertepuk sebelah tangan sememangnya amat pedih. Silap haribulan, sakit jiwa dibuatnya.
Ada beberapa kategori cinta yang seringkali berakhir dengan bertepuk sebelah tangan.
Pencinta Rahsia
“Saya suka awak, tapi awak tak pernah tahu yang saya suka sangat-sangat kat awak” 
Kasih sayang si pencinta rahsia terhadap insan yang dicintai tidak terluah menyebabkan golongan ini sering makan hati dan tidak kurang juga berendam air mata. Mungkin kerana memikirkan si dia yang tidak akan menjadi miliknya. Mungkin kerana sayu memikirkan dirinya yang tidak diendahkan. Namun begitu, acapkali kesengsaraan hati yang dirasa oleh golongan ini adalah kerana memikirkan persoalan sama ada si dia yang dicintainya secara rahsia turut menaruh hati kepadanya. Soalan misteri yang sukar dicari jawapannya selagi bergelar pencinta rahsia.
Cinta Ditolak
“Saya hargai kasih sayang awk terhadap saya, tapi maaf, saya tak boleh terima awak”
Bagaikan halilintar membelah bumi, ayat seumpama inilah yang tidak mahu didengar oleh setiap insan yang meluahkan perasaan cintanya kepada si dia yang menjadi pujaan hati. Namun begitu, jika diambil dari sudut positif, sekurang-kurangnya anda dah tahu jawapannya dan bolehlah meneruskan langkah kehidupan. Cinta ditolak bukannya bermakna hidup turut berakhir.
Cinta Pada Yang Sudah Berpunya
“Ingin kupetik kau menjadi suri hidupku, apakan daya dirimu sudah disunting kumbang yang lain”
Baru saja hendak mengenali si dia yang menjadi pujaan hati dengan lebih dekat, barulah anda tahu rupa-rupanya si dia sudah menjadi milik orang. Tentu kecewa dibuatnya. Walau bagaimanapun seeloknya lupakan saja cinta anda kerana sudah tentu anda tidak mahu menjadi perosak dalam sebuah rumahtangga. Pada permulaannya mungkin sukar, tetapi anda perlu kuat dan luaskan pemandangan anda. Bak kata orang, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.
Cinta Pada Yang Tiada
“Aku sangka akulah yang paling menyayangi di dunia ini, namun Tuhan lebih sayang padamu”
Sedalam mana pun cinta kita sesama manusia, bila ajal jadi pemisah, tiada apa yang mampu kita lakukan. Mencintai si dia yang sudah pergi bertemu Ilahi sememangnya sakit. Setiap masa kita mencinta, merindu dan mendambakan hadirnya, tapi itu semua tidak mungkin akan terjadi di alam realiti. Kepada anda yang mencintai si dia yang sudah tiada, bangkitlah. Si dia yang anda nanti tidak mungkin akan kembali. Jika benar anda cinta padanya, hadiahkanlah doa dan lagukan kalimah ayat-ayat suci kepadanya. Namun begitu, ini tidak bermakna anda tidak boleh meneruskan kehidupan dan mencari kebahagiaan anda di dunia.
Kesimpulan
Walau dalam kategori apa sekalipun cinta tidak berbalas yang anda lalui, ingatlah bahawa sesungguhnya cinta kepada Tuhan adalah cinta yang paling agung dan sentiasa akan mendapat balasan dan kasih sayang dari-Nya. Kami dari Ayat-Ayat Cinta mendoakan agar warga pembaca yang cintanya bertepuk sebelah tangan mendapat kekuatan hati untuk meneruskan perjalanan. Masa depan adalah misteri, cinta sebenar untuk anda mungkin sedang menanti di hadapan. :)

Rahsia Wanita


Seringkali kita dengar istilah ‘perigi mencari timba’, ‘secret admirer’ dan sewaktu dengannya.. Tapi di zaman skang relevan lagi ker istilah-istilah macam nih? Sebabnyer orang kita sekarang lebih ‘open minded’ dalam mengorak langkah untuk berkenalan dengan si dia yang diminati. Tapi, mungkin masih ada lagi lelaki lebih lagi wanita di luar sana yang masih lagi dengan sifat ketimurannya iaitu malu untuk memulakan sesuatu hubungan. Sesetengah wanita lebih cenderung untuk merahsiakan perasaan pada orang yang diminatinya.
Pasti ramai jejaka di luar sana berminat untuk mengetahui lebih banyak lagi rahsia-rahsia wanita kan? So di sini tinta ingin berkongsi serba sedikit rahsia wanita kepada anda yang tinta rasa berguna sebagai pengetahuan tambahan jejaka di luar sana untuk mengenali wanita yang di minatinya dengan lebih dekat lagi..
1. Wanita memiliki sifat malu yang tinggi berbanding lelaki
Kebanyakan wanita memiliki sifat malu yang lebih tinggi berbanding lelaki dan ini menjadi faktor utama mengapa wanita sukar untuk memulakan sesuatu hubungan itu. Ada antara mereka yang tidak akan bertegur sapa dengan lelaki tanpa tujuan khusus seperti hal yangberkaitan dengan kerja. Mereka hanya menegur atau bercakap dengan lelaki jika perlu sahaja.
Bukan sombong tapi itulah yang dikatakan sifat malu yang sedia ada dalam diri wanita. Perasaan ingin bercakap itu ada, tetapi disebabkan perasaan malu menguasai diri, mereka lebih memilih untuk berdiam diri dan menunggu si jejaka untuk memulakan perbualan.
Kepada jejaka di luar sana, jangan risau..kerana bila si wanita sudah mula untuk berkomunikasi dengan kamu, perasaan malu itu sedikit demi sedikit akan berkurang dan perhubungan menjadi lebih selesa selepas itu dan berpeluang untuk mengenali wanita itu dengan lebih dekat lagi.
2. Yang tersurat pasti bukan yang tersirat
Apa yang tersurat dan apa yang tersirat, hanya diri wanita itu yang tahu. Bila melibatkan perasaan, kebiasaanya si wanita akan mengeluarkan kata-kata yang berlawanan dengan apa yang dimaksudkan. ‘Mulut cakap lain, hati cakap lain’, itulah wanita. Sebagai contoh, si wanita akan mengatakan dia tidak menyukai lelaki itu walhal jauh disudut hatinya dia mengakui yang dia menaruh hati pada si dia dan berharap lelaki untuk berterus terang dengan dia erlebih dahulu mengenai perasaan mereka.
Dalam sesuatu perhubungan, bila ada pertengkaran kecil antara pasangan itu, si wanita akan memberitahu yang dia ‘ok’ sahaja walhal dia berasa sangat sedih. Di sini, jika keadaan ini berlaku, lelaki harus lebih peka dan sensitif terhadap perasaan wanita yang dikasihinya.
3. Wanita pentingkan kejujuran dan keiklasan daripada wang ringgit
Mungkin zaman sekarang lebih ramai yang bermata duitan. Tapi, percayalah setiap wanita mengimpikan hubungan yang tulus ikhlas dari seorang lelaki. Jika wanita sudah menemui lelaki yang diidamkan, sudah pasti wang ringgit bukan menjadi keutamaan mereka, sebaliknya kejujuran dan keikhlasan yang akan berada di atas. Kepada kaum adam, jujurlah dengan pasangan anda kerana tiada lain yang wanita harapkan di atas hubungan cinta sejati melainkan kejujuran dan keikhlasan anda dalam mencintainya.
4. Wanita tidak suka terlalu dikongkong dan di pandang rendah
Perhatian sangat penting bagi seseorang wanita. Namun, perhatian yang berlebihan akan membuatkan wanita menjadi rimas dan lemas. Janganlah terlalu mengongkong dan mengawal pergerakan wanita yang belum dikahwini. Selagi dia belum menjadi yang sah, lelaki tiada hak untuk mengawal seseorang wanita itu.
Nasihat untuk kebaikan wanita sangat-sangat dialukan. Jangan sesekali menyekat dan menghalang dia untuk keluar bersama rakan-rakan perempuannya kerana wanita juga memerlukan masa bersama rakan-rakan selain meluangkan masa bersama pada kekasih hati.
5. Wanita gemarkan pujian daripada pasangannya
Sekali sekala tak salah memberikan pujian padanya kerana wanita sangat berhati lembut dan mudah tersentuh bila menerima pujian terutama daripada insan yang tersayang. Hatinya akan berasa girang dan ceria dan ini akan mengeratkan lagi hubungan pasangan tersebut. TETAPI, haruslah diingat agar tidak selalu memberi pujian kerana si wanita akan merasakan pujian itu menjadi tidak ikhlas.
Mudah-mudahan tips ini membantu si jejaka mengenali si wanita yang diminati mahupun sudah dimiliki :)

Kerna Engkau Aku Cinta ...Ya Allah


Assalamu’alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh..
” Tak ada yang lebih indah bagi laki-laki dan wanita yang sedang saling jatuh cinta namun takut kepada Allah untuk bermaksiat, yang penuh ketaatan kepada Allah, yang menjaga diri dan kehormatan karena Allah dan yang menahan diri dari mengikuti hawa nafsu karena Allah Dengan membangun Indahnya Mahligai pernikahan ”
Ya Ukhti…
Bahkan jarak yang jauh yang memisahkan kita, tak lantas membuat kesetiaanku untuk menunggumu luntur begitu saja, antum bahkan lebih menjaga hati lebih dari anaa menjaga hati sendiri.. Ini bukan pengharapan, ini adalah satu ikatan iman, betapa kesetiaan kepada ALLAH membuat anaa mengikhlaskan hati untuk mengukir satu nama kecil diatas Nama besar Selain Nama ALLAH Di dalam hati..
Ya Ukhti..
Namun ku ingin kau percaya bahwa anaa adalah Ikhwan setia, semua anaa lakukan karena ALLAH, karena ingin mengharap ridho ALLAH SWT.. Maka benar dari Awal tak akan pernah ada jalinan apapun antara kita sebelum halal.. Ya Ukhti, setiap malam kupanjatkan do’a penuh harap hanya kepada Allah untuk apa yang anaa inginkan yaitu mendapat istri shalihah..
Ya Rabbku..
Berikanlah anaa pendamping hidup yang shalihah, agar kami berdua lebih banyak ingat kepada-Mu, dan lebih banyak bertasbih kepada-Mu, sesungguhnya Engkau maha mengawasi segala sesuatu..
Ya Ukhti..
Betapa indah dan tenang hari-hari penantian yang kita jalani, karena kita letakkan semua harapan kita hanya kepada ALLAH ‘azza wa jalla, Rabb yang memegang kendali langit dan bumi.. Ya kita letakkan harapan itu secara penuh ikhlas dan berserah diri hanya pada Allah semata.. anaa & antum tau, sangat tau, tak satupun mahkluk yang bisa menjadi tempat pengharapan, bahkan kita tidak bisa menentukan takdir di masa depan, ALLAH lah pemegang segala keputusan..
Ya Ukhti..
maafkan aku yang tiada punya daya sedikitpun selain kekuatan dari ALLAH, karena sebab Anaa & antum sama” masih menanti maka semua ini menjadi terasa lama.. maafkan anaa ya ukhti yang kadang tak kuasa dalam kesabaran & keikhlasan.. Ku pilih engkau sebab engkau menjaga betul apa syariat ALLAH (insya ALLAH ), Dan karena aku tak mengenalmu banyak ^_^ sungguh ku tak ingin jauh lebih mengenalimu lebih sebelum Ridho ALLAH Menyampaikan semua tentangku & tentangmu.. Yang pasti penuh kelebihan & kekurangan, sama seperti Anaa..
Ya Ukhti..
seandainya detik ini ku bisa menemuimu di seberang sana maka akan segera kulakukan namun Antum telah paham bahwa masih ada amanah yang harus Anaa selesaikan disamping berusaha memenuhi syarat yang ada pada Agama kita.. Dan syariat yang harus selalu kita pegang teguh..
Ya Ukhti..
Namun kita berdua tetap tidak akan pernah tau nama siapakah yang telah tertulis di dalam Lauh Mahfuzh sebagai pendamping hidup kita, hingga kelak saatnya tiba Allah akan memperlihatkan ke kita keputusan dan takdir yang telah IA tetapkan..
Ketika Anaa ingat kalimah yang pernah anaa utarakan bahwa Kalimah ” Bissmilahirohmanirohim ” telah membuat anaa mengawali itu semua dengan bertawakkal pada ALLAH tentang apa yang akan menimpa kita berdua, berikhtiar tentang apa saja yang akan kita tempuh, baik buruknya telah anaa serahkan pada ALLAH..
Sebuah Awal bahwa anaa sudah mematri satu nama Seorang Akhwat, hanya ALLAH yang tau, dan ketika itu pula hanya ALLAH sebagai satu – satunya tempat terpercaya meminta & memohon Atas keindahan Rasa yang telah tercipta..
Man ghaba ‘ anil ‘ain sallahul qalb.. ” Jauh dimata, dekat di hati ”
Sesungguhnya jodoh kita jauh Dari pandangan kita karena ALLAH belum memperlihatkan kepada kita untuk saat ini, namun begitu dekat ketika keimanan & ketaatan yang kita perjuangkan demi mempersiapkan bekal bertemunya Anaa & Antum.. Dalam Cinta yang sebenarnya ” Ridho ALLAH dalam mahligai Pernikahan ”
Satu hal Lagi Ukhti.. anaa harap, jika terlalu lama ini terjadi, sebuah hubungan yang sungguh tak akan pernah kita anggap ada jalinan ini, karena memang tak pernah ada jalinan sebelum halal, maka suatu saat ketika tekad telah terpatri maka anaa ingin anaa & antum segera memberi tanda bahwa
Harusnya Sudah saatnya kita gapai Mahligai ridho ALLAH itu..
Karena Anaa ingat Pribahasa ” ketika Anaa Menjadi Emas, Antum mau Menjadi Perak ” Dan Sebaliknya ” ketika Antum Menjadi Emas, Anaa Yang akan menjadi perak ”
Mau Berbicara ketika Salah Satu terdiam, Demi Kebaikan Insya ALLAH Dalam Lingkup tetap ridho ALLAH.. ^_^
Dan Ingat Ini Wahai Ukhti :
” fa idzaa ‘azamta fatawakkal ‘alallaahi.. ”
Dan apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada
Allah..
(Ali ‘imran 159)
” Cintailah Aku Wahai Jodohku Yang telah tertulis Di Lauh Mahfuzh.. Dengan Cara apapun Asalkan Cara Yang Di Ridhoi ALLAH ”
Jaga Selalu Imanmu.. ^^
Dari Jodohmu Yang Kini Jauh Di pelupuk Mata, Namun Dekat Di Hati Suatu Saat Nanti..
Wassalamu’alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh..

Cemburu Itu Fitrah


Assalamualaikum..kali ini tinta hendak bicarakan tentang CEMBURU..Setiap insan dikurniakan dengan perasaan cemburu. Sekiranya ada di kalangan kita yang tidak pernah berasa cemburu, itu adalah sesuatu yang abnormal. Bukan apa, perasaan cemburu ini semestinya wujud di dalam diri kita tidak kira samaada lelaki mahupun wanita kerana perasaan itu adalah fitrah manusia. Walaupun sedikit, perasaan itu pasti akan terbit dari lubuk hati kita yang bergelar insan. Sifat cemburu ini boleh diklasifikasikan dalam beberapa kategori dan pelbagai cara boleh dipraktikkan untuk mengatasi perasaan ini. Harus ditekankan disini, perasaan cemburu ini bukan lah suatu yang negatif sahaja bahkan ada kalanya perasaan ini boleh menjadi suatu yang positif.
Pendapat umum banyak menyatakan perempuan lebih bersifat cemburu daripada lelaki. Mungkin ada benarnya kerana perempuan lebih sensitif dan berhati lembut berbanding lelaki. Tapi, jantina bukan lah faktor utama yang harus dijadikan pertikaian di sini.Mari kita sama-sama menyelami perasaan cemburu itu sendiri dan kenalpasti tahap cemburu diri masing-masing. Apakah ia baik untuk kita serta orang sekeliling atau sebaliknya.
Cemburu buta
- Perkataan ini sangat sinonim dengan si wanita. Jarang sekali lelaki dikaitkan dengan sifat ini. Ramai yang sedia maklum tentang ertinya yang kebiasaannya akan membawa kemudaratan pada sesuatu hubungan samaada hubungan kekasih mahupun suami isteri. Mengapa harus cemburu membabi buta? Ya, sebab utama adalah sudah pastinya kerana kita terlalu sayangkan pasangan kita. Cemburu melihat pasangan kita mesra dengan orang lain, cemburu melihat pasangan kita melebih-lebihkan orang lain dan cemburu mendengar pasangan kita bercerita perihal orang lain. Sebagai pasangan, memang anda patut berasa cemburu, TETAPI janganlah sehingga perasaan cemburu itu mengawal minda dan tingkah laku anda.
- Sekiranya anda tidak suka pasangan anda berbuat demikian yang boleh mendatangkan rasa cemburu, apa yang boleh anda lakukan adalah memberitahu pasangan tentang perasaan anda. Berterus-teranglah dengan si dia bahawa anda cemburu, buangkan EGO anda mudah-mudahan si dia boleh menerima dengan hati yang terbuka dan tidak akan mengulanginya lagi. Jika anda mula berasa cemburu pada pasangan anda, nasihat tinta, selidik dengan si dia dan nyatakan kegusaran yang bermain diminda. Tinta percaya, pasangan yang gemar berbincang lebih mudah untuk menyelesaikan perselisihan dan Insyaallah akan merapatkan lagi hubungan mereka. Dan yang paling penting…CEMBURU biarlah BERTEMPAT!
Cemburu dengan kejayaan pasangan kita
- Pasangan yang mempunyai kerjaya sudah pasti akan mengalami situasi ini. Kedua-duanya sangat komited dengan kerjaya masing-masing dan sentiasa inginkan kemajuan dan peningkatan dalam kerjaya mereka. Jika si dia lebih berjaya daripada anda, semestinya anda akan berasa cemburu dan dalam pada masa yang sama semangat anda untuk lebih berjaya daripada si dia akan semakin bertambah. Apa yang kita boleh lihat di sini, cemburu ini memberikan kesan yang sangat positif.
- Justeru, masing-masing akan terus berusaha untuk mencapai apa yang diimpikan. Semangat ini juga secara tidak langsung akan mempengaruhi minda anak-anak untuk sentiasa berusaha di masa hadapan serta mendidik mereka untuk menjadi lebih berdikari dan cekal dalam menempuh cabaran dalam kehidupan mereka. Namun, harus diingatkan juga agar bijak mengimbangi persaingan yang sihat ini supaya perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku.
Cemburu bila si kecil lebih diberi perhatian
- Haa…yang ni memang untuk yang sudah berumah tangga. Jika di awal perkahwinan sepenuh perhatian diberikan pada pasangan…dan itulah saat yang paling bahagia bagi setiap pasangan pengantin baru. Masuk ke tahun pertama perkahwinan, kehadiran si kecil kadang-kadang menimbulkan perasaan cemburu pada salah seorang pasangan (suami atau isteri). Ini bergantung pada siapa yang lebih manjakan si kecil. Rata-rata si ayah akan cenderung untuk memanjakan si kecil berbanding si ibu. Hampir setiap waktu lapang si ayah diluangkan bersama si kecil. Di mana si ibu ketika ini??? Kesian kat ibu, hanya mampu melihat dari jauh kemesraan si kecil bersama suami tercinta. Bisik kecil hati si ibu..”tak apalah, kalau si ayah bahagia dengan si kecil, ibu pun turut bahagia..biarlah ibu mengalah”.
- Untuk si ayah..sila ambil PERHATIAN!! Janganlah terlalu memanjakan si kecil sehingga lupa untuk memanjakan si ibu. Selepas tempoh 9bulan 10hari, si ibu juga mendambakan perhatian daripada pasangannya. Jangan sampai si ibu cemburukan si kecil kerana ini mungkin akan meregangkan hubungannya dengan si kecil. Jadilah seorang ayah dan juga seorang suami yang mithali untuk menjaga keharmonian rumah tangga. Begitu juga dengan si ibu, layanlah suami dan anak seadilnya jangan sampai si suami berasa dirinya dipinggirkan dengan kehadiran si kecil.
AWAS!!! Jangan ada perasaan cemburu yang berlebihan terhadap pasangan anda kerana jika tidak dikawal perasaan cemburu ini, dibimbangi akan mendatangkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku..Jadikanlah akal dan minda kita sebagai pengawal hati dan perasaan..Insyaallah semuanya selamat :)

Jiwa Alam Cinta


Alam percintaan memang menakjubkan. Mencintai dan dicintai memberi nikmat dalam kepayahan. Kesenangan hati dan ketenangan jiwa diperolehi dari cinta suci yang dimuliakan dengan kesetiaan. Sungguhpun bukan indah selama adanya alam percintaan, namun alam ini selalu hadir dengan harapan. Meskipun tetap merelakan bahawa kenyataan hidup bercinta ialah gula yang meracuni, manusia tetap mahukan merasakan kemanisan dicintai.
Kisah-kisah cinta saban masa bersilangan suka dan derita. Hakikat yang tertera selalu teguh menegarkan kesungguhan insan-insan yang berusaha mendapatkan dan menyimpan cinta yang tulus suci agar diabadikan dalam pegangan. Namun telah tetap bahawa yang tercipta bersifat sementara. Takkan dedaun melekat di dahan pohon selamanya. Akan luruh di dalam lembayung musim. Maka cinta sebegitu jua. Luluh jatuh lalu terperosok di dalam ruang berdimensikan masa. Lerai berderai dimamahi usia. Lemah dan longlai ketika menghadapi kenyataan hukum angkasa. Begitulah keadaan di dalam alam percintaan. Sekejap manapun manusia menggenggam nikmat, sekuat manapun menahan ujian, setulus manapun hati insan, pasti nanti tetap tertewas dalam rela mahupun terpaksa.
Diciptakan cinta untuk manusia agar tidak berjalan sendirian. Sungguh sunyi hidup ini jikalau tiada yang mencintai kita. Oleh itu berusahalah manusia mencari pasangan yang ditakdirkan untuknya. Lelaki itu dihukumkan berpasangan dengan perempuan. Hukum ini untuk semua. Maka sang lelaki berjalan tercari-cari cinta hati, sang perempuan pula menantikan kehadirannya untuk melengkapi satu dunia. Apabila ketemu maka dunia alam cinta yang unik lagi rahsia untuk mereka pun bermula. Bukanlah mudah untuk merungkaikan tiap-tiap alam ini dengan kata-kata yang sama kerana fabrik cerita setiap pasangan yang bercinta itu terjalin dari benang-benang masa yang berbeda-beda di dalam beribu-ribu faktor seperti daerah-daerah bumi yang berlainan topografi, suhu, iklim, agama dan budaya.
Cinta terpateri apabila lafaz perkahwinan diucapkan. Menjadi suci setelah pasangan diraikan dalam akad pernikahan. Maka bersemi janji untuk saling embahagiakan. Tertunai sudah ayat-ayat kerinduan. Terus tenggelam dalam kehangatan dakapan menjalinkan harapan agar abadi dalam memori waktu pertemuan pertama setelah selesai disaksikan dan disahihkan percintaan mereka oleh masyarakat. Sungguh itulah saat yang indah. Sungguh itulah tika yang dinanti-nantikan.
Setelah dimaterikan cinta lantas bermula epilog baru diari percintaan. Hari-hari yang mendatang pasti mencabar kewibawaan. Bagaimana mungkin membuktikan kesejatian cinta kalau tiada dugaan. Hadir dan pergi ujian demi ujian. Pada pasangan yang berjaya dan bertahan akan dianugerahi dengan keluarga. Lantas kini cinta pun berganda. Semakin kukuh jika patuh pada hukum perkahwinan. Semakin teguh cinta itu jika dirumahkan. Tapak cinta ialah kerinduan. Tiang cinta janji yang dipegang. Dinding cinta dibina dari rezeki yang dilimpahkan. Bumbung cinta ialah kesedaran. Rumah cinta dihiasi anak-anak yang dilahirkan.
Rumah cinta takkan beku jika selalu dihangatkan. Dari dapur seperti reaktor tindakbalas kimia akan menggembleng tenaga alam untuk digunakan membesarkan keluarga. Pelbagai faktor membentuk pekali persamaan dalam jutaan kebarangkalian. Tapi harapan bukanlah letupan. Harapan hanya tenaga itu tidakkan kehabisan. Harapan agar pasangan itu bertemu kembali dan kekal bersama selepas masa diakhirkan. Harapan bersulam dengan pelbagai ketakutan. Ketakutan datang daripada kekurangan pengetahuan tentang rencana ciptaan. Hanya impian dalam harapan dan kepercayaan. Suatu hari nanti cerita cinta akan terungkai untuk tatapan. Ketawalah dalam kekeliruan, senyumlah dalam tangisan dan ingatilah bahawa segala yang berlaku pasti disebabkan dan direncanakan oleh Pencipta Agung di atas sana.

percintaan jarak jauh





PJJ selalunya orang akan ingat PENDIDIKAN JARAK JAUH. Namun begitu PJJ juga boleh di kategorikan sebagai PERCINTAAN JARAK JAUH. Ramai yang tidak percaya dengan Percintaan seperti ini. Namun begitu jika ingin terus berkekalan dengan pasangan masing-masing, pasangan itu mestilah mempercayai pasangan masing-masing terdapat beberapa cara bagi mengekalkan perhubungan itu.
- Komunikasi
Dalam percintaan jarak jauh ini pasangan bercinta haruslah mempunyai komunikasi yang baik. dengan cara komunikasi ini yang boleh mengeratkan hubungan mereka. pelbagai cara yang boleh dilakukan seperti SMS, SKYPE, telefon & pelbagai lagi bagi mengeratkan hubungan anda dengan pasangan masing-masing.
- Kata Hati
Selalunya pasangan yang bercinta ini akan mempunyai naluri yang macam-macam namun begitu percayalah jika anda dikurniakan pancaindera yang ke-enam percayalah dengan pemberian yang diberikan oleh ALLAH.
- Kepercayaan
Kepercayaan ini merupakan asas penting. Anda perlu percaya pada diri anda dan juga pasangan anda. ini amat penting kerana dalam percintaan jarak jauh ini pasangan selalu diuji, jadi setiap pasangan perlu mempercayai pasangan masing-masing jika anda tidak percaya maka perhubungan anda pasti tidak akan berjaya.
- Berdoa
Setiap apa yang dilakukan mesti dari berusaha dan kemudian barulah tawakal. Jika anda dan pasangan anda telah berusaha dalam perhubungan jadi jalan yang terakhir adalah dengan berdoa. ALLAH akan sentiasa membantu umatnya jika kita sentiasa berusaha.
- Kesimpulannya
Yakin dengan apa yang anda lakukan INSYA-ALLAH percintaan jarak jauh anda akan berjaya. apa yang penting kerjasama di antara anda dengan pasangan anda. dan percaya pada jodoh kerna setiap umatnya telah ditetapkan jodohnya. Andai dia jodoh anda tidak kira sejauh mana jarak anda dengan pasangan anda pasti bersatu jua akhirnya. INSYA-ALLAH.